Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Penjawat Awam Penuhi Impian Miliki Rumah PPA1M

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sharifah Hazwani Syed Mahusin, Amirah Bt Ahmad 

KEPONG, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Sejumlah 1,230 penjawat awam berjaya ditawarkan unit rumah melalui Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Majlis cabutan nombor unit rumah telah diadakan di tapak projek perumahan PPA1M, Metropolitan Kepong, bermula 10 pagi, semalam.

Majlis dihadiri oleh pemohon yang berjaya daripada jumlah keseluruhan 4,053 pemohon dalam talian yang diterima.

Salah seorang pembeli, Syukri Ahmad berasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk membeli  rumah PPA1M pada usia 30 tahun.

“Kebetulan pula rumah saya bersebelahan lif dan menghadap KLCC. Terima kasih kepada pihak kerajaan atas inisiatif untuk membantu para penjawat awam membeli rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding  pasaran semasa”.

“Saya juga berharap agar akan ada lebih banyak projek PPA1M di seluruh Malaysia selepas ni,” ujar Syukri lagi.

Keluasan rumah yang ditawarkan adalah mengikut kategori Jenis A (850kp) RM90 ribu, Jenis B (1000kp) RM150 ribu Jenis C (1,200kp) RM240 ribu dan Jenis D (1,500kp) RM300 ribu.

Projek yang dikendalikan oleh JL99 Holdings Sdn Bhd ini merupakan pembangunan perumahan penjawat awam pertama di kawasan Kepong.

-DK/SF

Tinggalkan komen anda