Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

SKSJ: 176 Warga Emas Terima Lesen Memandu ‘P’

By 24 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 24 Apr (Malaysiaktif) — Sebanyak 65 kematian dicatatkan dari pada sejumlah 1,861  kemalangan jalan raya di Negeri Perlis pada 2015 berbanding 1,923 kes yang mengakibatkan 66  kematian pada 2014.

Statistik daripada Jabatan Pengangkutan Jalanraya ini nyatakan oleh Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Sabry Ahmad yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Azlan Man sempena Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) dan Pelancaran Jom JPJ Peringkat Negeri Perlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer di sini hari ini.

 

DSC_3251(1)

 

Sempena majlis tersebut seramai 176 orang warga emas berusia lebih daripada 45 tahun terdiri daripada 165 Melayu, empat India, empat Cina dan tiga berketurunan Siam menerima lesen memandu masing-masing.

Program SKSJ bermula pada 2009 dan telah memberi manfaat kepada sejumlah 2,122 orang di seluruh Perlis.

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu masyarakat luar bandar, khususnya warga emas untuk mendapatkan lesen Memandu Percubaan (P) Motosikal bagi memudahkan pergerakan mereka.

Menurut Sabry stasistik kemalangan jalanraya di seluruh Malaysia pada 2015 adalah sebanyak 6,706, meningkat sebanyak 32 berbanding 6,674 kes pada 2014.

Sebanyak 40 peratus kes kemalangan jalan raya pada tahun lepas dicatatkan oleh penunggang motosikal, sementara sejumlah 4,432 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada 2014 berbanding 4,120 orang pada 2015.

Turut hadir,Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia (Operasi) Datuk Yusof Ayob dan Pemangku Pengarah JPJ Perlis Mohd Syafiq Osman.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda