Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Guru Perlu Kenali Pelajar dan Keluarga

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zanizal & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, menyeru agar guru-guru supaya mengenali pelajar dan keluarga mereka, selain memberi hadiah galakan kepada pelajar sebagai pendorong untuk belajar.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam (SKPM) pada Sabtu lepas.

Mohamad Zabidi yang pernah mendapat pendidikan di sekolah ini pada tahun 1966, mengatakan kepulangannya setelah 50 tahun ini umpama sirih pulang ke gagang.

Seramai 20 guru dan pelajar SKPM telah menerima anugerah cemerlang.  Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Guru Teladan, Anugerah Juara Kelas, Anugerah UPSR 2015, Anugerah Kokurikulum dan Anugerah Hal Ehwal Pelajar.

Pada majlis yang sama, turut diadakan upacara penyerahan plak projek naik taraf sekolah tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.

– AH

Tinggalkan komen anda