Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Himpunan Pesilat Pulau Pinang 2016

By 4 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Nurul Wahida Mohd Noor (Batu Uban)

BATU UBAN, 4 April (Malaysiaaktif) – Bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara pesilat-pesilat yang telah lama bertapak di Pulau Pinang, satu Himpunan Pesilat peringkat negeri Pulau Pinang telah diadakan di Kompleks Rencak Silat Batu Uban semalam.

Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) cawangan Seberang Jaya, Mohd Noor Harun, perhimpunan ini juga bertujuan membendung budaya buli yang makin berleluasa dalam kalangan pelajar.

“Sekurang-kurangnya para pelajar dapat mewarisi seni mempertahankan diri, sejajar dengan dasar baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Negara iaitu ‘1 Sekolah 1 Silat’” ujar Mohd Noor.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Tan Sri Mohd Ali Rustam, berharap para remaja yang mempelajari seni silat dapat menjadi pewaris untuk generasi akan datang, agar seni silat ini dapat terus diwarisi dan tidak tenggelam ditelan arus peredaran zaman.

Beliau juga berharap agar seni silat ini terus disanjung kerana ia merupakan wadah dan identiti orang Melayu yang harus dipertahankan.

Tambahnya, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengadakan perhimpunan sebegini.

Pada majlis yang sama, Koperasi Silat Kebangsaan Malaysia Berhad (KOSILAT) dan laman sesawang www.pesakapulaupinang.org.my turut dilancarkan.

 

-AH

Tinggalkan komen anda