Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Hujan Lebat Berakhirnya Musim Kemarau Panjang Melaka

By 5 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh M. Zakri Chan

 

MELAKA, 5 April (Malaysiaaktif) – Setelah lebih 20 hari tanpa hujan, akhirnya hujan lebat turun membasahi negeri Melaka.

“Alhamdulilah, syukur hujan lebat ini diharap dapat mengembalikan suhu yang normal di Melaka,” ujar penjawat awam, Nazlan Baharom, 37.

Seorang lagi penjawat awam yang ditemui, Mohd Izuddin 38, berasa bersyukur dan mengharapkan hujan yang lebat petang ini akan berlarutan hingga ke malam hari.

“Sepanjang musim panas ini, saya terpaksa memasang pendingin hawa kerana mempunyai anak kecil, namun malam ini mungkin kipas sudah mencukupi dan pasti kos utiliti akan dapat dijimatkan,” tambah penjawat awam, Sharifah Ithnin, 33.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 29 Mac lalu menyatakan bahawa titik panas yang dicerap di Semenanjung berkurangan kepada 18 disebabkan berlakunya hujan di beberapa tempat di tengah Semenanjung.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda