Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Keikhlasan Berpolitik Penting Untuk Capai Matlamat Negara – KJ

By 5 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azhar Yazid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 5 Apr (Malaysiaaktif) — Sumber kewangan daripada kerajaan adalah terhad buat masa ini dan tumpuan perlu diberikan untuk jangka masa lima atau 10 tahun yang akan datang, kata Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin semasa forum  ‘Hala Tuju Malaysia’ di Balai Seni Visual Negara (BSVN) hari ini.

Beliau merupakan antara ahli panel yang dijemput, selain Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sepanjang  forum dua jam itu pelbagai soalan dikemukakan oleh wakil-wakil badan bukan kerajaan yang turut dijemput hadir.

 

20160405033550 (1)

 

Menurut Khairy, keikhlasan dalam berpolitik amat penting dalam mencapai matlamat hala tuju Malaysia dan cara berpolitik hari ini perlu kembali kepada cara lama kerana politik hari ini banyak berlaku krisis dalaman.

Beliau juga berterima kasih kepada Persatuan Teksi Malaysia kerana sejak sekian lama pemandu teksi bertindak sebagai antara penyampai dasar kerajaan secara bersemuka, dan ini dianggap pendekatan yang baik.

Sementara itu, Rahman pula menjelaskan tentang lesen Peminjam Wang Berlesen, di mana beliau berharap pihak peminjam dapat melonggarkan syarat pinjaman. Ini bagi mengelakkan orang ramai membuat pinjaman daripada pihak tidak berlesen, seperti ‘Along.’

Rahman berkata buat masa ini pihak KPKT telah menghentikan pengeluaran lesen peminjam wang hingga kajian yang lebih baik dilaksanakan.

Forum tersebut diianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan dihadiri oleh kira-kira 30 orang.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda