Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Kerajaan Negeri Mungkin Laksana Dasar Pemisah Penjawat Awam

By 27 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/Foto : Anuar Che Amat

KANGAR, 27 Apr (Malaysiaaktif) — Seramai 104 orang terdiri daripada pegawai dan anggota lain-lain jabatan kerajaan di negeri Perlis menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bagi 2015.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Dewan Warisan di sini semalam.

Terdahulu  dalam ucapannya, Azlan  berkata  anugerah tersebut diberikan untuk menghargai pencapaian anggota dalam sektor awam dan semoga ia memberi semangat kepada mereka supaya berkerja lebih gigih.

Beliau juga berkata pihak kerajaan negeri mungkin akan melaksanakan dasar pemisah (exit policy)  bagi  pegawai dan anggota yang didapati tahap prestasi kerja menurun. Bagaimanapun, menurut beliau lagi, dasar tersebut bukan satu hukuman, tetapi sekadar memberi peringatan.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,Yang Berhormat Tuan Ahmad Zamri bin Khairuddin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis ,Yang Behormat  Tuan Haji Hamdan Bahari

 

– AAS

Tinggalkan komen anda