Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Khairul Nizam Zainal
KUCHING, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Isu poster dikoyak dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbaur fitnah merupakan antara dua laporan yang telah dibuka untuk siasatan selepas hari kedua kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 semalam.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Mohd Haris Daud , isu koyak poster yang berlaku di Rumah Panjang Baram, Marudi telah dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaaan.
Manakala isu fitnah yang diterima melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dilaporkan di Kuching dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan
Tambah Harris, empat lagi kes dirujuk kepada agensi berkaitan, menjadikan keseluruhan 12 laporan diterima sejak kelmarin.
Sementara tu, sebanyak 98 ceramah telah berlangsung semalam, sejumlah 55 oleh Barisan Nasional (BN), 35 oleh pembangkang dan lapan lagi anjuran Bebas.
“Sehingga 11.30 pagi ini, 97 permohonan permit untuk mengadakan ceramah telah diterima oleh pihak polis, ujar Haris yang ditemui dalam sidang media di IPK Sarawak tengah hari tadi.
Hari mengundi bagi PRN Sarawak ke-11 ini akan berlangsung pada 7 Mei.