Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerakViral

Hujan Di Kerian Bagaikan Bonus Kepada Nelayan Tasik Merah

By 27 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Farhan Abd Rahim

KERIAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Hujan di hampir keseluruhan daerah Kerian pagi tadi memberi impak positif setelah sejak sekian lama digugat cuaca kering dan panas.

Menurut Penolong Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian, Mohd Kamarul Mohd Noh, selepas hujan paras air di Kolam Bukit Merah didapati meningkat dua kaki kepada 20.1 kaki, berbanding 19.8 kaki sebelum ini.

“Kenaikan ini konsisten hingga petang tadi dan kadar kemasukan air dari sumber utama kolam, iaitu dari Sungai Kurau juga meningkat kepada 500 kaki padu sesaat seperti kadar normal berbanding sebelum hujan, iaitu 70 hingga 80 kaki padu sesaat sahaja,” ujar Mohd Kamarul.

 

Bukit Merah 1

 

Namun, berdasarkan graf, kadar kemasukan air dari sungai tersebut yang semakin berkurangan sejak petang memaksa pihak JPS menghentikan penyaliran air ke kawasan sawah padi sehingga paras air kembali stabil.

Pemantauan keadaan dilakukan semasa operasi pemeriksaan lesen dan sampan nelayan darat Bukit Merah oleh Jabatan Perikanan yang diketuai oleh Pegawai Perikanan Daerah Kerian, Hamidun Ahmad.

Menurut Hamidun, pihaknya telah berbincang dengan pengusaha ikan Arowana di kawasan ini  supaya mengawal pertukaran air kolam ikan mereka bagi menentukan kadar penggunaan air. Ini kerana mereka juga menggunakan air yang sama dari terusan yang digunakan untuk pengairan sawah.

Beliau juga berkata pihaknya perlu menambah jumlah benih ikan bagi menampung bilangan yang berkurangan ekoran cuaca panas. Ini bagi membantu memastikan nelayan tidak menghadapi kesukaran akibat kurang pembiakan ikan dalam tasik.

Tindakan ini disambut baik oleh Ketua Komuniti Perikanan Tasik Bukit Merah, Mohd Fadzil Din yang menganggap apa yang berlaiku tersirat kelebihan kepada mereka.

“Ini bonus bagi kami ekoran hasil tangkapan melebihi satu kali ganda berbanding semasa paras air normal,’ kata Mohd Fadzil.

Bagaimana pun, bagi para pesawah di kawasan ini keadaannya berbeza kerana terdapat sawah yang mengalami kenaikan paras air selepas hujan pagi tadi dan ada yang masih berada di paras rendah.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda