Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kerjasama Semua Mampu Bendung Gejala Dadah

By 12 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)

JEMPOL, 12 Apr 2016 (Malaysiaaktif) – Masyarakat disaran bersatu untuk memerangi gejala dadah di kawasan masing-masing.

Ini antara gesaan Ketua Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, ASP Mansor Omar semasa Taklimat Isu Semasa di Felda Palong 8 Sabtu lepas.

Menurut beliau, rekod menunjukkan penglibatan anak-anak peneroka dalam jenayah dadah amat membimbangkan dan ia merupakan antara penyumbang terbesar berlaku peningkatan kes dadah di daerah ini.

 

tok uyop 4

 

Dalam taklimat selama 1 jam itu, Mansor turut menyatakan setiap individu perlu memainkan peranan sekiranya ada di kalangan mereka yang terlibat dengan dadah.

“Masyarakat perlu membuka pintu yang luas kepada pihak polis bagi menangkap penjenayah dadah ini, tidak perlu rasa takut dan menyembunyikan kebenaran. Kita bukan mahu menghukum mereka, tetapi kita mahu memperbaiki mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada negara,” ujar beliau.

Taklimat Isu Semasa ini bukan sahaja memberi ruang kepada isu dadah tetapi juga menyentuh isu kenaikan harga barang, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta berhubung ancaman militan di Malaysia.

Sesi yang dihadiri oleh lebih 200 orang ini anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda