Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KIMMA Raub Hadapi Kekangan Dana

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohamad Azree Mohd Zaki /Emran Ismail /Che Nor Ismail

RAUB, 28 Apr (Malaysiaaktif) —  Sejak ditubuhkan pada 1976, Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) telah banyak membantu kerajaan dalam meraih sokongan rakyat, terutama dalam kalangan masyarakat India Muslim.

Ketika ditemui hari ini Ketua KIMMA Daerah Raub, Sakhol Hameed M. Koyakutty memberi  penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dianggap satu-satunya Perdana Menteri yang mengiktirafkan KIMMA sebagai rakan gabungan parti politik UMNO sejak penubuhan.

Hameed berkata KIMMA Raub yang mempunyai keahlian seramai 150 orang juga membuka keahlian kepada orang Melayu, selain India Muslim. Golongan muda menjadi keutamaan dalam merekrut ahli-ahli baru kerana golongan Gen Y dewasa ini dilihat kurang menyokong kerajaan.

Menurut beliau beberapa program telah diadakan seperti Mesyuarat EXCO KIMMA Pahang bersama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) pada Mac lepas dan juga Mesyuarat Agung KIMMA Daerah Raub. Beberapa program penyentuhan minda juga sedang diatur bertujuan menarik minat dan memenangi hati golongan Gen Y.

Dalam pada itu Sakhol Hameed berkata, usaha menarik sokongan golongan Gen Y dan golongan atas pagar merupakan agenda utama mereka menjelang PRU-14.

Menyentuh tentang kewangan KIMMA, beliau menyatakan pada ketika ini tidak mempunyai dana yang cukup untuk mengadakan program besar. Di atas kesedaran dan juga tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada masyarakat India Muslim , beliau mengaku terpaksa menggunakan sumber kewangan sendiri, selain sumbangan daripada pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurutnya lagi, perkara tersebut  bukanlah penghalang untuk bergerak untuk memastikan KIMMA Daerah Raub yang sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda