
Oleh Asmidar Zainol / Foto: Khirul Nizam Zanil
SERIAN, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kg. Tribuh pagi tadi mencatat kenangan manis kepada penduduk kampung kerana kawasan tersebut juga pernah dilawati Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 13 November 1966.
Najib yang diiringi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan calon Barisan Nasional (BN) N.23 Bukit Semuja, John Lius, disambut lebih 500 orang penduduk kampung bersama pemimpin masyarakat setempat.
Beliau mendapat tepukan gemuruh apabila memulakan ucapan dengan memperkenalkan diri dalam bahasa Iban sebagai “Aku Apai Besai Malaysia” bermaksud Saya ketua negara, Malaysia.
Najib mengumumkan pembinaan dewan baharu bagi keselesaan penduduk kampung dan kemudian meneruskan sesi ‘walkaboutnya’ di tiga kawasan Serian, iaitu di Pekan Siburan, Jalan Kuching Serian, Kg. Bunan Kedup dan Kg. Triboh, Bukit Semuja.