Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedah

407 keluarga Kurang Kemampuan Terima Barakah di Pedu

By 21 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pelapor: Syed Putera Syed Ambon, Muhammad Syafiq Muhammad  Razi, Muhammad Syafiq Md Saad

PADANG TERAP, 21 Apr (Malaysiaaktif) — Sejumlah 407 keluarga menerima Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) di Dataran Naka di sini hari ini.

Bantuan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah ini merupakan antara usaha kerajaan negeri membantu mengurangkan beban keluarga penoreh getah dan golongan kurang berkemampuan.

 

6d39d052-e92d-49cf-bc41-4397889027b6

 

Menurut Mohd Tajudin penyampaian ini adalah langkah awal kerajaan negeri menangani sedikit sebanyak kesan kejatuhan harga getah yang membelenggu kebanyakan penduduk dalam kawasan luar bandar Kedah.

Tajudin berkata bantuan tersebut disalurkan kepada golongan sasar menerusi lima komponen, iaitu Barakah Insan, Barakah Kemasyarakatan, Barakah Usahaniaga, Barakah Anak Muda Serta Barakah Pendidikan Dan Modal Insan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda