Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

SMK Convent Green Lane Juara Lagi

By 21 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Md. Zabata Ibrahim (George Town)

GEORGE TOWN, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Green Lane semalam sekali lagi dinobatkan sebagai johan Pertandingan Sektsa Rukun Negara 2016, Kelab 1Malaysia, Peringkat Daerah Timur Laut buat tahun ketiga berturut-turut.

Menurut guru bimbingan pasukan ini, Hooi Gan Lau, kemenangan kali ini merupakan kejayaan terbesar bagi Kelab 1Malaysia SMK Convent Green Lane.

“Sebelum ini tidak pernah ada mana-mana persatuan atau kelab dari sekolah ini merangkul kerjuaran berturut-turut bagi pertanding di peringkat daerah,” ujar Gan Lau.

Pasukan ini diwakili oleh lima pelajar iaitu Beverly Mok Shi Rou, Hong Yan Han, Alicia Raveena a/p Ananthen, Neha Bhubhindar Singh dan Anis Liyana Zainurin.

Persembahan mantap mereka di Dewan SMK Abdullah Munshi telah berjaya menarik perhatian para juri sehingga membolehkan mereka menewaskan lima lagi pasukan yang turut mengambil bahagian.

7e64e147-65fb-4577-9eda-02db2736e368

Bergelar juara membolehkan pasukan ini mewakili Daerah Timur Laut ke pertandingan peringkat negeri yang dijadualkan berlansung pada Julai 2016 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Daerah Barat Daya.

Pasukan ini turut berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM250, sijil berserta hamper.

– AH

Tinggalkan komen anda