Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Majlis Peletakan Batu Asas Masjid Daerah Baling

By 3 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mahazir Abu Hassan, Azfariza Ismail,Siti Yusmila Yusof (Baling)

BALING, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis peletakan batu asas pembinaan Masjid Daerah Baling yang baharu berlangsung hari ini dengan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Batu asas tersebut didirikan dalam perkarangan Masjid Ridzwaniah di pekan Baling.

Dalam sidang media yang diadakan kemudian, beliau berkata majlis ini bersejarah kerana selepas lebih 54 tahun pembinaan masjid lama yang disempurnakan Perdana Menteri pertama Tunku Abd Rahman pada 1962, hari ini beliau berkesempatan melakukan upacara pecah tanah Masjid baharu.

“Pembinaan Masjid Daerah yang baru ini satu mercu tanda bagi Daerah Baling di samping menjadikan masjid sebagai tempat erapatkan ukhwah dan menyatupadukan semua umat Islam,” ujar beliau.

Turut hadir Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Datuk Azmi Che Hussain

Pembinaan masjid yang bernilai lebih 10 juta ini dijangka siap pada 2018.

 

Tinggalkan komen anda