Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Wakil Muara Tuang Masih Menjadi Tanda Tanya

By 3 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad (Kota Samarahan)

KOTA SAMARAHAN, 3 Apr (Malaysiaktif) — Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem belum bersedia mengumumkan calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.

Kerusi berkenaan kosong berikutan penyandangnya, Datuk Seri Mohd Ali Mahmud berpindah ke kerusi baharu, Stakan.

Adenan yang dijangka mengumumkan calon baharu untuk bertanding di kawasan itu sebentar tadi sebaliknya hanya mengumumkan calon untuk kawasan Stakan dan Asajaya.

“Calon bagi Asajaya ialah Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Stakan pula Datuk Seri Mohd Ali Mahmud dan Muara Tuang saya akan maklumkan kemudian,” katanya.

Adenan berkata demikian ketika melancarkan Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Parlimen Samarahan di Dewan Suarah Samarahan di sini, hari ini.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ialah penyandang kerusi DUN Asajaya selama tiga penggal, manakala  Datuk Seri Mohd Ali Mahmud menjadi wakil rakyat Muara Tuang sejak dua penggal lalu.

 

Tinggalkan komen anda