Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Memoir Allahyarham Raja Tun Uda Dilancarkan

By 17 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zanizal Zamani & Ariza Mohamed Zaki (Bayan Baru)

BAYAN BARU, 17 April (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas semalam telah menyempurnakan pelancaran buku Memoir Allahyarham Raja Tun Uda Al-Haj Raja Muhammad di sini.

Buku yang berkisarkan Raja Tun Uda ini telah diilhamkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda, Abd Nasir Salleh sempena nama sekolah berkenaan.

Menurut Nasir, sebelum tercetusnya ilham menerbitkan buku tersebut, pihak sekolah telahpun melukis mural Raja Tun Uda pada dinding sekolah.

Raja Tun Uda dilahirkan di Kuala Langat, Selangor dan merupakan bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).  Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan Majlis Persekutuan sehingga serangan Jepun pada tahun 1941.

Raja Tun Uda merupakan Gabenor Pulau Pinang pertama yang berkhidmat antara 31 Ogos 1957 hingga 30 Ogos 1967. Beliau meninggal dunia pada 17 Oktober 1976 ketika berumur 82 tahun.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Shaari Osman.

– AH

Tinggalkan komen anda