Oleh Sazaki Abdul Rahman / Syaiful Harif Adnan / Inthran a/l Krishnan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 5 Apr (Malaysiaaktif) — Pengendali Midvalley Megamall, IGB Reit (Real Estate Investment Trust) hari ini menjadi perintis apabila menubuhkan klinik statik derma darah pertama negara di ruang pusat membeli belah.
Pusat derma darah yang dikenali sebagai Pusat Darah Negara Donation Suite yang terletak di Tingkat 4 Midvalley Megamall itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.S.Subramaniam hari ini.
Dalam ucapannya, Dr. Subramaniam memaklumkan pihak IGB Reit dalam usaha tanggungjawab sosialnya menyumbang satu lot tapak dengan tidak dikenakan bayaran bagi tempoh 4 tahun.
Tambah beliau, sejak mula beroperasi pada 1 Oktober 2015, Pusat Darah Donation Suite telah menyumbang sebanyak 3,507 beg darah daripada jumlah keseluruhan 183,819 beg darah seluruh negara.
Pihak kementerian berharap lebih ramai pengusaha pasaraya membuat usaha yang sama sebagaimana trend negara maju, termasuk Korea Selatan yang mempunyai pusat darah statik di setiap pasaraya dan tempat tumpuan utama.
Turut hadir Mr. Antony Barragry, CEO IGB Real Investment Trust dan Dr.Noryati Ismail, Pengarah Pusat Darah Negara.