Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mukim Endau Juara Semarak K1M 2016

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi, Mohd Hanif Ahmad & Burhanuddin Jamil (Mersing)

MERSING, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Komuniti 1Malaysia (K1M) Mukim Endau semalam dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Program Semarak K1M 2016 yang diadakan di Padang Awam Kampung Teriang Besar di sini.

Program yang diadakan sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 23 Mac lalu ini, telah dihadiri kira-kira 500 ahli K1M Daerah Mersing.

Pada program yang sama, turut diadakan Fiesta Rakit Cabaran Sungai Teriang 2016.

Pelbagai acara telah diadakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Mersing dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Teriang Besar selaku penganjur utama.

Antaranya, pameran agensi kerajaan dan sukaneka-sukaneka seperti lumba rakit, pukul bantal, panjat tiang licin dan tarik tali.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi, dalam ucapan perasmiannya mengumumkan pemberian peruntukan tambahan sebanyak RM3,000 kepada K1M Daerah Mersing pada tahun ini.

– AH

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda