Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

3000 Hadir Ceramah Ustaz Kazim Elias

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Zanizal Zamani & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Kira-kira 3000 orang membanjiri pekarangan Kompleks Perniagaan Permatang Manggis Kepala Batas semalam bagi mengikuti ceramah daripada pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohamad Kazim Elias

Ceramah bertajuk Komuniti Keluarga Bahagia itu berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dari kawasan sekitar termasuk Kedah dan utara Perak.

Banyak tip dan saranan yang diberikan dalam ceramahnya bagi mencapai kehidupan bahagia dalam alam berumah tangga.

Ustaz Kazim yang baru sahaja kembali berceramah setelah dua bulan berehat ini, turut mengajak kesemua penonton yang hadir agar bersatu tanpa mengira pahaman politik.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman dan ADUN Penaga, Datuk Mohd Zain Ahmad.

– AH

Tinggalkan komen anda