Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMelaka

Obesiti, Melaka di Tangga Kedua

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Ahmad Farid Abu Dzarim

ALOR GAJAH, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Kegemukan atau obesiti yang menyebabkan penyakit memudaratkan seperti penyakit jantung dan kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menular.

Obesiti ialah satu penyakit kronik apabila seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan dan memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian oleh pengamal perubatan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam menzahirkan kebimbangan terhadap isu obesiti apabila Melaka disenaraikan sebagai negeri kedua di Malaysia dengan peratusan obesiti tertinggi.

Idris berkata demikian ketika merasmikan program FITMalaysia Melaka di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah.

FITMalaysia Melaka KM dan Menteri KBS

 

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut sama menyertai kayuhan basikal sejauh 30 kilometer dalam program itu turut menggesa rakyat negara ini untuk bersama fokus menjaga kesihatan kerana statistik obesiti amat membimbangkan.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) 2015 mendapati sejumlah 47.7 peratus rakyat dewasa Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen ketika majlis perasmian Karnival Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) 2016 di Pusat Beli Belah 1 Utama pada Sabtu.

Sementara itu, Idris turut mengucapkan tahniah kepada lebih 12,000 peserta yang menyertai program FITMalaysia Melaka anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini.

image

 

 

-DZ/AH/SF

Tinggalkan komen anda