
KUALA LUMPUR, 11 Apr (Malaysiaaktif) — Rayani Air, syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, digantung operasi selama tiga bulan, berkuat kuasa Isnin.
Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini, penggantungan itu dilaksanakan di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996.