Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahangViral

Kawasan Perkelahan Terbiar, Jadi Tempat Pembiakan Nyamuk

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Maran)

MARAN, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Daerah Maran mempunyai beberapa tempat perkelahan yang menarik, antaranya air terjun Bekelah, Sungai Yu dan Batu Hampar.

Lokasi-lokasi yang popular,terutama pada musim cuti ini sekarang sedang dilanda impak luar biasa akibat kemarau panjang berikutan fenomena El Nino hingga menjadi lengang tanpa dikunjungi pelawat.

 

Antara Kawasan Rekreasi Yang Terjejas di Daerah Maran.

Antara kawasan rekreasi yang terjejas di Daerah Maran

 

Tinjauan Malaysiaaktif di kawasan rekreasi Sungai Yeh mendapati air hampir kering dan kawasan terbiar sepi. Menurut Juruteknik di Kem Biro Tata Negara Maran, Mohd Nazri Saleh, 35, kemarau sejak tiga bulan lalu menyebabkan sungai menjadi cetek dan kering hingga menyebabkan pelancong dan orang ramai tidak berminat untuk datang ke sini. Menurut beliau keadaan menyebabkan nyamuk semakin banyak membiak kerana takungan air.

 

 

Pondok yang di sedaiakan Di Sungai Yeh, sepi walaupun pada hari cuti

Sepi : pondok yang di sediakan di Sungai Yeh.

 

Bagi Abdul Aziz Mokhtar, 55, yang juga pengawal keselamatan di sini berkata, air sungai di kawasan ini dahulunya banyak, laju dan bersih. Kini akibat kemarau panjang dan kepanasan melampau, segala tarikan itu tiada lagi.

 

 

Mohd Fazli Zulkifli, 30, yang pernah datang ke sini bersama keluarga pula berkata, setahun yang lalu, tempat ini sangat meriah dengan pelancong yang datang untuk berkelah, berenang dalam air yang dingin dan menyegarkan. Bagaimana pun, menurutnya, keadaan amat berbeza tahun ini dan landskap sudah berubah dengan dasar sungai ditumbuhi rumput dan tiada air mengalir di sungai yang seolah-olah sudah mati. Beliau juga mendapati kawasan ini tidak lagi terurus dengan sampah arap berselerakan merata.

 

 

Beliau berharap, apabila hujan nanti, kawasan ini kembali pulih dan meriah dengan pengunjung.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda