Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Peniaga Mengeluh Lokasi Baharu Kurang Pelanggan

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd. Yusof Hj Abd. Samad (Jasin)

 JASIN, 11 Apr (Malaysiaaktif) — Majlis Perbandaran Jasin (MDP) mengarahkan peniaga yang berniaga di tepi jalan utama berhadapan Taman Maju di sini supaya berpindah ke lokasi baharu berkuatkuasa 15 Mac lepas.

Dua lokasi yang dimaksudkan ialah di Medan Selera Taman Maju Junction dan Batu 16, Jasin Point, Ayer Merbau.

 

20160411034955

 

Walau bagaimanapun, sejak berpindah ramai peniaga mengeluh, terutama yang meniaga makanan di Medan Selera Taman Maju Junction, kerana hingga sekarang mereka mendakwa tidak mendapat keuntungan, malahan semkain rugi walaupun sudah hampir sebulan mereka berada di lokasi baharu itu.

Seorang peniaga putu bambu, Heryanto Harlan dari Taman Maju berkata beliau kini hanya mampu mendapat sekitar 20 peratus keuntungan berbanding semasa berniaga di tempat lama di mana keuntungan mencecah setinggi 80 peratus walaupun waktu berniaga masih sama,  dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Hal ini membimbangkan beliau yang berniaga sepenuh masa sepenuh masa.

 

20160411034955 (2)

 

Sementara itu, para peniaga di Batu 16, Jasin Point pula pada mulanya mengadu menghadapi pelbagai masalah untuk menarik pelanggan sepanjang empat hari pertama berpindah ke situ. Namun sekarang mereka berpuas hati kerana sudah mendapat ramai pelanggan berbanding tempat lama.

Menurut Pegawai Penguatkuasa MPJ, Md. Yatim Saring, tujuan memindahkan mereka ke lokasi baharu ialah untuk menggelak daripada berlaku kemalangan, memandangkan lokasi lama merupakan laluan utama orang ramai untuk ke bandar Jasin.

Lokasi lama akan dinaik taraf oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jasin dalam usaha memperindahkan lagi bandar itu.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda