Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

PRN Sarawak – Calon 25 Tahun, Calon Termuda

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

KUCHING, 25 Apr (Malaysiaakti) – Penamaan calon di Dewan Orang Ramai Lundu hari ini berjalan dalam dengan lancar tanpa sebarang insiden. Rata-rata para pemerhati berpendapat bahawa yang menarik apabila mendapati penyokong kedua-dua pihak begitu santai dan mesra tanpa menggugat keadaan dengan provokasi atau bahasa kesat.

Pengarah Akedemi Pilihan Raya Malaysia, Mohd Khanafei Mohd Jamil yang bertugas di sini, menyifatkan penyokong kedua-dua pihak sebagai rakyat yang akur kepada peradaban, undang-undang dan bertamadun.

Mereka benar-benar patuh dengan peraturan jarak dan tidak melampaui had 50 meter dari pusat penamaan calon.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini menyaksikan seramai 228 calon bertanding di 82 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Calon paling muda berumur 25 tahun, iaitu Leslie Ting Zhi Xiang daripada parti Tindakan Demokratik (DAP) bertanding di DUN N.17 Stakan melawan calon Barisan Nasional (BN) Muhammad Ali Mahmud, manakala calon paling tua  ialah Datuk Seri Wong Soon Koh, 74, yang bertanding di Nadalah di N.53 Bawang Assan.

Lima DUN menyaksikan pertandingan lima penjuru, 12 DUN empat penjuru, 28 DUN tiga penjuru, dan satu lawan satu di 35 DUN.

BN menang tanpa bertanding di N.82 Bukit Sari dan N. 79 Bukit Kota

Menurut Pengurus Pilihan Raya N.03 Tanjong Datu, Haji Hamsien Atar, dua parti bertanding di kawasan tersebut, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jazolkipli Numan yang mencabar calon BN, Tan Sri Adenan Satem.

Seorang pemilih yang ditemui di lokasi Kawasan Lundu, Layang ak Engot, 62, berkata, dia gembira kerana Ketua Menteri Sarawak itu bertanding di kawasannya dan berharap Tok Nan (nama mesra Ketua Menteri) dapat berkhidmat lebih lama.

Edmund Galau ak Bara, 64, pula berkata, banyak kemajuan dapat dilihat di Lundu sejak wakil rakyatnya menjadi Ketua Menteri. Antaranya kemudahan air, elektrik, dan jalan raya yang semakin baik. Beliau berkata Adenan juga banyak membantu kepayahan rakyat di luar bandar.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda