Skip to main content
Berita TempatanSabah

Anugerah Arung Salamia Milik Fatmah

By 25 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Zuraidah Ahmad & Azman Jumat  (Sabah)

SEMPORNA, 24 Apr  (Malaysiaktif) –? Ibarat “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, gadis cekal kelahiran Kg Bugaya, Fatmah Tarasul, 22, berjaya  merangkul Anugerah Arung Salamia 2016 sempena Regatta Lepa ke-23 di Padang Bandar Semporna pada Sabtu.

Bekas Naib Johan Ratu Lepa 2012 yang merupakan graduan Program Komunikasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu menerima hadiah wang tunai RM2,000, trofi, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

_AJM5506

Penyerahan tiara telah disempurnakan isteri kepada Ahli Parlimen, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal iaitu Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib.

Finalis dari Kg. Kunak Darat, Nor Eka Shakira Hamsani, 22, pula muncul sebagai naib juara anugerah berkenaan dan  memenangi RM1,800 trofi, sijil dan jambangan bunga.

Tempat ketiga diraih finalis dari Kg Panji Lahad Datu, Noraisyah Mohd Jirin, 18, yang membawa pulang RM1,600, trofi, sijil dan jambangan bunga.

Turut diumumkan, Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Rosnidah Yaakub dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan dengan hadiah RM500, jambangan bunga, sijil dan trofi.

Sementara itu, finalis mewakili DUN Senalang, Norainah Manuran terpilih sebagai penerima Anugerah Busana Terbaik dengan hadiah RM1, 000 serta jambangan bunga, sijil dan trofi.

Pada majlis itu juga, ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kereta Berhias.

Johan pertandingan itu dimenangi Kelab Pedase Daerah Semporna menerima hadiah RM7,000, naib johan Kg Bangau-Bangau memenangi RM5,000 dan tempat ketiga Pertubuhan Peladang Semporna menerima hadiah RM3,000.

Majlis turut diserikan dengan nyanyian oleh artis-artis tempatan  dan persembahan teater muzikal ‘Bangsa Ku’ oleh anak-anak tempatan.

SF

Tinggalkan komen anda