Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Silang Budaya Angkat Seni Warisan

By 6 April 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Mohd Syamsul Azhar (Ipoh)

“Bismillahirrahmanirahim,

Assalamualaikum hei tepung tawar tepung jati,

Aku tahu asal engkau mula menjadi,

Dijadikan Allah pada embun setitik,

Aku minta tawar sekalian yang biasa.”

IPOH, 4 Apr (Malaysiaaktif) –Ā Itulah antara bait jampi yang lazim dipratikkan dalam tarian dabus yang sudah berakar umbi di tiga kawasan di Perak iaitu Kampung Tanjung Bidara (Kampung Gajah), Bagan Datoh dan Pasir Panjang Laut (Manjung).

Tahun ini, seni warisan tarian dabus merupakan antara seni warisan yang akan dipamerkan melalui Program Silang Budaya di enam buah muzium di Malaysia dengan negeri Perak sebagai tuan rumah pertama, bermula 1 hingga 30 April di Muzium Darul Ridzuan.

Tarian Dabus

Tarian Dabus – Asalnya sejenis seni mempertahankan diri, merupakan seni tarian tradisionalĀ negeri Perak yang bertahan sejak lebih 300 tahun lalu.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohammed Radzi, pameran ini dapat mengangkat seni dan warisan untuk dipelihara dan perlu dilakukan secara berterusan supaya seni-seni unggul ini dapat dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

ā€œPelaksanaan program ini secara tidak langsung akan dapat menarik lebih banyak pelancong datang ke Perak sempena Tahun Melawat Perak 2016,ā€ ujar Nolee Ashilin ketikaĀ Majlis Perasmian Program Silang Budaya 2016 di Muzium Darul Ridzuan pada pagi Isnin.

Datuk Nolee Ashilin

Datuk Nolee Ashilin ketika merasmikan Program Silang Budaya di Muzium Darul Ridzuan.

 

Berkonsepkan ā€œtravelling exhibitionā€ atau pameran bergerak, program yang melibatkan lima lagi negeri ini akan ke Muzium Sultan Alam Shah,Ā Selangor pada 11 Mei hingga 9 Jun, Muzium Negeri Johor pada 20 Jun hingga 19 Julai, Muzium NegaraĀ pada 30 Julai hingga 28 Ogos, Muzium Negeri Kedah pada 8 September hingga 7 Oktober dan berakhir dengan Muzium dan Galeri Seni Pulau Pinang pada 18 Oktober hingga 16 November ini.

Antara seni tarian warisan yang akan diketengahkan ialah Wayang Kulit Seri Ansun (Kedah), Cempuling (Selangor), Zapin Melayu (Johor), Gambus (Kuala Lumpur) dan Ghazal Party (PulauĀ  Pinang).

Program anjuran Lembaga Muzium Negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Muzium Malaysia ini bertujuan untuk memelihara, mendokumenkan dan mengangkat seni-seni tarian unggul setiap negeri di Malaysia di sampingĀ memberikan pendidikan seni, budaya dan warisan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Tarian

Tarian Ghazal Party – Menggabungkan muzik, lagu, lawak jenaka dan tarian dengan irama padang pasir.

 

Sementara itu, program Silang Budaya ini juga dijangka akan menarik minat pengiat-penggiat seni untuk turut sama menghayati dan memahami nilai-nilai seni tarian ini.

Seorang penggiat seni, Azmi Abdullah, 45, berkata seni-seni tarian ini perlu dipelihara dan dijaga supaya warisan turun temurun ini tidak pupus dan dapat diteruskan melalui program-program seni yang diadakan.

ā€œUsaha yang berterusan perlu diadakan oleh agensi-agensi berkenaan untuk menarik minat generasi muda mempelajari dan mengekalkan seni tarian ini di sampingĀ dapat menonjolkan keunikan serta kelainan budaya masyarakat Melayu di seluruh dunia,ā€ tambah Azmi.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda