Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Paip Pecah di Hadapan STAR Ipoh

By 6 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Siti Asmah bt Mat Ali (Ipoh)

IPOH, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Sebatang paip di hadapan Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) pecah pagi tadi menyebabkan trafik di Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sedikit terganggu.

Menurut Pegawai Bahagian Aduan Pelanggan, Lembaga Air Perak, Manoharan Marimuthu, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang terlanggar paip tersebut ketika subuh tadi.

Tambahnya, sebelum ini paip tersebut telahpun mengalami kerosakan kecil apabila sebahagian kecil bahagian atas paip tersebut patah. Manoharan turut memaklumkan bahawa paip tersebut kini sedang dibaiki.

Keadaan ini, bagaimanapun, tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kepada pengguna jalan raya tersebut.

Kesesakan STAR

 

Jalan Sultan Azlan Shah merupakan laluan utama yang menghubungkan STAR, Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Politeknik Ungku Omar (PUO) dan beberapa taman perumahan utama di sini.

 

-DZ/AH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda