Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kemahiran Menjahit Bantu Jana Pendapatan

By 6 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Abd. Aziz Osman (Bukit Mertajam)

BUKIT MERTAJAM, 6 April (Malaysiaaktif) –  Menjahit merupakan pekerjaan yang memerlukan bakat.

Kemahiran menjahit pakaian tidak dipersia-siakan oleh Rosida Mohd. Lazim, 40, dalam mengusahakan perniagaan seluar sukan atau “track suit”.

Mewarisi ilmu menjahit daripada ibunya, Rosida hanya fokus kepada satu jenis pakaian sahaja, iaitu seluar sukan.

Rosida yang mula menceburi bidang perniagaan ini sejak empat tahun lalu menarik nafas lega apabila perniagaan yang dijalankan di Jalan Padang Ibu, di sini bertambah maju.

Seluar sukan yang dijual Rosida boleh didapati dalam pelbagai saiz dan turut menerima tempahan seluar sukan, mengikut saiz yang diminta pelanggan.

Kain yang digunakan bagi menghasilkan seluar sukan dipilih daripada kain berkualiti tinggi dengan pelbagai warna menarik yang bersesuaian untuk lelaki dan perempuan.

“Kebanyakkan pelanggannya sangat berpuas hati dengan kualiti jahitan yang membuatkan pemakainya berasa selesa,” ujar Rosida yang kini mempunyai pelanggan tetap yang sedia memborong produk keluarannya itu.

Tambahnya, selain daripada pelanggan dan pemborong dari Pulau Pinang, kini seluar sukan yang dihasilkannya telah menembusi pasaran di Kuala Lumpur, Sabah serta Sarawak.

Harga yang ditawarkan bagi setiap helai seluar sukan ini bermula dari RM4 hingga RM70 mengikut saiz. Pelanggan juga boleh mendapat harga yang lebih murah bagi pembelian secara pukal.

“Kaedah pemasaran dalam talian banyak membantu mengembangkan perniagaan ini,” ujarnya lagi sambil berterima kasih kepada Tekun Nasional dan Amanah Ikthiar Malaysia yang banyak membantu di awal pembabitannya dalam perniagaan ini.

Dibantu dengan dua orang pekerja, Rosida memulakan perniagaan bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.

Tinggalkan komen anda