Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Roller Blade Kini Kembali

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Nurul Wahida Mohd Noor (Bukit Mertajam)

 BUKIT MERTAJAM, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Cuaca panas tidak membataskan aktiviti riadah golongan kanak-kanak dan remaja, malah ada yang aktif beriadah pada waktu malam bagi mengurangkan risiko terdedah kepada bahang matahari.

Kini, kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur lima hingga 18 tahun menghidupkan kembali permainan Roller Blade di hadapan Bandar Perda di sini.

Ahmad Shahir Abdullah, yang menyediakan perkhidmatan sewaan roller blade berkata, sambutan terhadap aktiviti ini amat memberansangkan terutamanya pada malam minggu.

Shahir yang memiliki sebanyak 180 pasang roller blade, hanya mengenakan bayaran sebanyak RM10 bagi setiap pendaftaran dengan tiada had waktu sewaan dikenakan.

Salah seorang remaja yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Mohd Izzad Fahmi Azman, memberitahu bahawa dia mula terlibat dengan aktiviti ini sejak awal bulan Mac lalu.

“Permainan Roller Blade merupakan salah satu aktiviti sukan yang menyeronokkan, di samping dapat membendung gejala tidak sihat dalam kalangan belia,” ujar Izzad.

– AH

Tinggalkan komen anda