Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

[VIDEO] Syarahan Dr Zakir Naik Di Melaka Dibatalkan

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka) / Foto: IRF / Video: Media Sosial

MELAKA, 11 Apr (Malaysiaaktif) — Syarahan “Persamaan Di antara Hindu dan Islam’ (Similarities Between Hinduism and Islam) oleh pendakwah Islam berketurunan India, Dr. Zakir Naik yang sepatutnya diadakan di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini dibatalkan.

“Berikutan perkembangan terkini tentang bantahan dan laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap penganjuran program ini, UTeM telah mendapat pandangan dan arahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujar Naib Canselor UTEM, Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib.

 

 

 

Tambahnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan bahawa program tersebut dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan menghormati keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira faktor keselamatan dan saranan oleh Ketua Polis Negara, UTeM ingin memaklumkan bahasa UTeM tidak akan menjadi tuan rumah kepada program tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan,” katanya lagi kepada media sebentar tadi.

UTem turut menegaskan bahawa penglibatan UTeM adalah sebagai tuan rumah sahaja dan bukan sebagai penganjur syarahan tersebut.

Terdahulu, Kehadiran Dr Zakir di Malaysia telah mencetus kebimbangan Pemuda MIC yang dikatakan telah membuat beberapa laporan polis terhadap beliau.

Selain itu, menurut akhbar The Star hari ini, pihak Hindu Rights Action Force (Hindraf) telah menggesa kerajaan mengharamkan kemasukan Dr Zakir ke Malaysia.

Minggu lepas, Dr Zakir yang merupakan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) telah memulakan sa tu siri syarahan di Terengganu di atas jemputan kerajaan negeri.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda