Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Salleh: Dapatkan Berita Sahih Menerusi BH dan NST

By 29 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mulyani Nong Che / Foto: Parno Salamat (Sarawak)

SIBU, 29 Apr (Malaysiaaktif) — Golongan belia diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan beritaa tidak sahih dalam laman sosial, sebaliknya mendapatkan maklumat menerusi akhbar, seperti Berita Harian (BH) dan New Straits Times (NST).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata demikian pada Program Sumbangan Langganan Akhbar Berita Harian dan New Straits Times di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) di sini semalam.

“Apabila kita banyak membaca, pastinya kita mampu menilai sama ada sesuatu berita itu betul atau tidak selain menjadikan golongan belia lebih matang berfikir dan memperoleh ilmu menerusi pembacaan,” jelasnya.

Sumbangan akhbar BH dan NST merupakan satu usaha kerajaan pusat dalam menyokong aspirasi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem yang menekankan kepentingan pendidikan anak-anak di negeri ini.

Salleh turut menasihati para pelajar untuk memanfaatkan sumbangan ini agar dapat membantu mereka menjadi lebih peka terhadap isu-isu semasa selain mahir dalam pelbagai bahasa.

Menurutnya lagi, dengan menguasai banyak bahasa pasti menguntungkan para pelajar tersebut.

“Kita sedia maklum akan kepentingan bahasa antarabangsa dan jika hendak fasih dalam berbahasa Inggeris, kita perlu banyak membaca dan harus bermula dari awal lagi,” tegasnya.

Salleh berkata, untuk menjadi negara maju kita harus memastikan kestabilan ekonomi dan politik negara terjamin agar rakyat mempunyai peluang untuk memajukan diri.

Pada majlis itu, KKMM menyerahkan cek bernilai RM626,000 kepada Ketua Biro Berita Harian, Kadir Dikoh untuk tujuan tersebut.

Sebanyak 10 buah sekolah di sekitar Sibu menerima sumbangan langganan akhbar tersebut iaitu SMK Sibu Jaya, SMK Kampung Nangka, SMK Agama Sibu, SMK Rosli Dhoby, SMK Bukit Lima, SMK Sungai Merah, SMK Bandar Sibu, SK Abang Ali, SK Bandaran No.3 Sibu dan SK Agama Sibu serta institusi pendidikan tinggi UCTS.

 

-SF/AAS

 

Tinggalkan komen anda