Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Sambutan Hari Usahawan Muda

By 4 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Mohd Azrul Abdullah / Hasmah Hanafi / Anita Omar

 

Bandar Baharu 3 April (Malaysiaaktif)  – Hari Usahawan Muda Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Salleh  telah dilaksanakan di sekitar Dewan Aspirasi, Sk Sungai Salleh . Hari Usahawan tersebut dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama daripada PIBG. Program tersebut dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

 

Para guru dan murid telah bekerjasama dan berganding bahu menghias gerai masing-masing seawal 7.30 pagi lagi. Banyak bahan makanan telah dijual antaranya gerai nasi tomato, gerai bihun sup , gerai makanan ringan, gerai ais kacang dan sebagainya. Semua gerai mendapat sambutan yang hangat daripada para waris dan murid-murid.

 

Cikgu Holijah binti Abd. Rahman ketika ditemubual berkata, Hari Usahawan tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan para waris. Ramai para waris yang turut hadir dan berbelanja sambil menderma kepada pihak sekolah. Selain itu, penglibatan AJK PIBG juga memainkan peranan penting dalam menjayakan Hari Usahawan 2010 ini. Di samping itu, beberapa agensi kerajaan mahupun swasta turut hadir bagi menjayakan program tersebut. Para waris dan pelajar yang hadir juga berpeluang menyaksikan pertunjukkan kenderaan Formula One oleh Kolej Komuniti Bandar Baharu

f1eb0787-14d3-41d6-85f7-52f222e02d20

Program ini dapat mendedahkan para pelajar  tentang kreativiti dan ilmu usahawan ujar Nor Zulaika binti Idris, pelajar  yang bertugas menjual di gerai rojak dan buah potong. Salah seorang pengunjung yang ditemubual  oleh wartawan Malaysiaaktif, Nor Shuhaidah binti Masri berkata , penganjuran aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan penduduk setempat dengan para warga pendidik SK Sungai Salleh.

 

Cabutan bertuah turut diadakan. Hadiah utama berupa sebuah basikal dan diiringi 50 hadiah lain. Tuan Guru Besar, Encik Ramli bin Mohamad Saad sempat mengucapkan terima kasih atas komitmen dan kerjasama para waris dan murid yang sama-sama menjayakan program tersebut.

Tinggalkan komen anda