Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Silat Wadah Perpaduan Melayu Walaupun Berlainan Aliran

By 2 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hanafi Sariman (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 2 April – Silat boleh dianggap sebagai antara cara menggarap perpaduan dalam kalangan orang Melayu walaupun berlainan aliran.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merujuk kepada apa yang dianggap sebagai satu kehebatan dengan mengingatkan kepada penyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa seni silat adalah seni mempertahankan diri negara.

 

11d17ff2-95b0-4936-911c-3847bf9f84c3

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penganugerahan Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sini malam tadi.

Reezal yang juga salah seorang penerima sandang kehormat berkata penerimaan anugerah sandang ini merupakan penghormatan kepada dirinya dan pemimpin lain. Beliau juga menyifatkan kepentingan adab dalam ilmu persilatan dengan adab dalam kepimpinan.

 

d56e42ad-c98e-4c09-b28d-169ddb86486b

 

Dalam majlis ini seramai 56 ahli dan 10 pemimpin masyarakat serta individu yang banyak meyumbang kepada PSSGM Pulau Pinang dianugerahkan Sandang Waris Adat dan Sandang Kehormat.

Reezal juga berkata beliau akan memastikan Kepala Batas menjadi pusat perkembangan persatuan silat melayu.

Dalam majlis yang sama, bantuan sebanyak RM20 ribu turut disumbangkan kepada PSSGM Pulau Pinang.

– AH /AAS

Tinggalkan komen anda