Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Gabungan Sekolah, Pelajar, Guru Penting Untuk Cemerlang

By 2 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zanizal Zamani & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Gabungan baik di antara pihak sekolah, pelajar dan guru perlu untuk mencapai kejayaan.

Menurut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, ini kerana ia perlu untuk sesebuah sekolah mencapai kecemerlangan akademik dan kokorikulum berdasarkan hubungkait di antara satu dengan lain.

Dalam pada itu, beliau berkata gabungan ini dapat diperkukuhkan lagi oleh pihak alumni.

 

34d81564-9a1f-459c-b18a-59e1f4421119

 

Abdul Rahman berkata demikian semasa menghadiri Majlis Graduasi Ke-15 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini hari ini.

Seramai 177 pelajar tingkatan lima 2015 menerima sijil tamat persekolahan peringkat menengah di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ini.

 

91d1235b-a9eb-494f-81c2-32cbd5a77595

 

Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Bagi SPM, seramai 24 pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan 11A untuk tahun lalu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Shaari Osman.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda