Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

[VIDEO] Kayuhan #Care4Hunger Prihatin Kesengsaraan Dunia

By 2 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 2 April (Malaysiaaktif) – Antara lebih 300 orang yang menyertai Kayuhan Kemanusiaan #Care4Hunger hari ini, termasuk Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Jailani Johari.

Beliau yang hadir bersama anak-anaknya bukan hanya secara sukarela menyertai acara ini, malahan terus menyerahkan basikal fat bike beliau selepas kayuhan untuk dilelong sebagai derma kepada Tabung Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia (IRM).

 

Johari mengucapkan tahniah dan memberikan penghargaan kepada IRM dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana berjaya menganjurkan program ini, kerana selain mengutip derma ia juga mengeratkan hubungan sesama keluaga dan berkenalan.

Beliau juga menyeru golongan belia supaya melibatkan diri dengan kegiatan riadah dan berharap mereka tidak terlalu banyak meluangkan masa dengan Internet.

 

Kayuhan ini meliputi litar sejauh 15 kilometer mengelilingi Putrajaya. Sepanjang kayuhan peserta perlu berhenti di empat check point untuk melihat kesengsaraan yang dilakonkan. Di check point pertama yang bertemakan Syria, peserta dihadapkan dengan kesengsaraan rakyat Syria menghadapi musim sejuk.

Sebanyak empat kotak derma mewakili setiap tema disediakan bagi peserta membantu rakyat di negara-negara yang menghadapi musibah di serata dunia.

 

Menurut Pengarah Negara IRM, Zulshahfuddin Zainal Abidin, Kayuhan Kemanusiaan ini adalah sempena Expo Perdana Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ia juga bagi memperkenalkan IRM kepada masyarakat dan meuar-uarkan pelbagai program kebajikan yang mereka jalankan di seluruh dunia.

Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Haji Hazarudin Haji Baharudin berkata kayuhan ini bukan kayuhan biasa tetapi untuk membantu insan di seluruh dunia yang sedang ditimpa bencana, selain memberikan kebaikan kepada kesihatan. Beliau mengajak semua anggota masyarakat memberikan sokongan kepada program ini.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda