Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

“Speedy Tigers” Sekat “Black Sticks Men” 3-3

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Suriani bt Ghazali (Ipoh)

IPOH, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Perlawanan pembuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-25  menyaksikan Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran “Speedy Tigers” seri 3-3 dengan New Zealand atau “Black Sticks Men” semalam di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.

Teams

Pasukan “Speedy Tigers” dan “Black Sticks Men” sebelum perlawanan bermula.

 

Gol pertama berjaya dijaringkan oleh pemain Malaysia Firhan Ashaari pada minit ke-15. Ini diikuti dengan dua gol oleh pemain New Zealand, Nick Wilson pada minit ke-22 dan ke-34 sekali gus mendahului pasukan negara.

Namun, 10 minit kemudian, kegigihan pemain-pemain Malaysia membuahkan hasil apabila Razie Rahim berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 44. Selang empat minit kemudian, sekali lagi Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan dengan pukulan sudut penalti yang menyumbangkan gol ketiga negara.

 

Namun kegembiraan penyokong Malaysia tidak kekal lama apabila pemain New Zealand berjaya menyamakan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga juga hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-55.

AuxA57SyALpOgksiweiBNZeoqjY4YMSPchzqtH_WMAhp

 

Perlawanan ini turut disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta kira-kira 5,000 penonton.

Piala ini menyaksikan Malaysia akan berentap dengan enam buah negara termasuk Jepun, India, Kanada, Australia, New Zealand, dan Pakistan bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-25 bermula 6 hingga 16 April ini.

 

-DZ/SF/SH

 

Tinggalkan komen anda