Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

SKSJ1 Lancar 1 Sekolah 1 Silat

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Jaya)

SEBERANG JAYA, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 1 (SKSJ1) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Cawangan Seberang Jaya semalam telah melancarkan program ‘1Sekolah 1Silat’.

SKSJ1 merupakan sekolah pertama di Pulau Pinang yang bekerjasama dengan PSSPGM bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan program itu.

Guru Besar SKSJ1, Norsiah Baharum yang ditemui Malaysiaaktif menyatakan keterujaannya menyaksikan persembahan peserta-peserta silat yang telah mengambil bahagian semalam.

Norsiah turut berharap agar pelajar-pelajar di SKSJ1 dapat memanfaatkan seni silat bagi mempertahankan diri dan bukannya digunakan untuk tujuan sebaliknya.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang pelajar, Siti Ashah Abu Bakar berasa amat berbangga kerana anaknya berminat untuk mempelajari seni silat ini.

Menurut Siti Ashah, generasi yang menyanjung adat merupakan generasi yang terbela dan merupakan pewaris akan datang.

“Usaha yang murni ini wajar diteruskan dan sekolah-sekolah yang lain juga perlu turut sama menyahut seruan dasar pelaksanaan ini,” tambah Siti Ashah lagi.

Program ini telah dirasmikan oleh Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Pulau Pinang, Ismail Chik.

– AH

Tinggalkan komen anda