Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

PM Jamah Makanan Popular Sarawak

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUCHING, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-11, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak melepaskan peluang untuk merasa makanan popular Sarawak di sekitar Kg. Boyan, di sini sebentar tadi.

Najib yang tiba bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dijamu dengan kek lapis basah di Mira Cake House.

HIC_0135

 

Mira Cake House yang cukup terkenal di Bumi Kenyalang kini memiliki lebih 50 jenis perasa antaranya Maher Zain, Masam Manis, Neelofa dan Sisik Ikan.

Najib kemudiannya dibawa untuk sesi ‘walkabout’ di sekitar Kedai Makan Sarawak Economic Development Corporation (SEDC).

Menurut Penolong Pegawai Tadbir SEDC Bahagian Pembangunan Usahawan, Aspalela Aida Sapawi, pihak SEDC menyediakan makanan istimewa Sarawak seperti mi kolok, laksa Sarawak, ikan terubok, dan sotong tutok.

Turut hadir, DUN.4 Pantai Damai, Dr. Abdul Rahman Junaidi, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai.

PM dijadualkan mengiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Lundu esok.

 

Tinggalkan komen anda