Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pembukaan BLE: Rakyat Pulau Pinang Teruja

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur & Azrul Hasan (Bayan Lepas) 

BAYAN LEPAS, 7 April (Malaysiaaktif) – Sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi semalam merupakan kelompok kenderaan pertama melalui sturuktur bertingkat Lebuhraya Bayan Lepas (BLE).

Menurut salah seorang ahli konvoi, Ahmad Razif Abdullah, 36, adalah menjadi satu penghormatan kepadanya dan rakan-rakan untuk menjadi orang awam yang terawal melalui struktur bertingkat BLE.

Tambahnya, pembukaan struktur bertingkat ini juga akan mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku setiap hari, terutamanya pada waktu puncak.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Batu Maung, Yusof Osman berkata, BLE bakal memberi keselesaan, terutama sekali kepada para pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk tempatan, Nordin Jamaludin, turut menyuarakan rasa syukur dan keterujaannya dengan pembukaan lebuh raya baru ini.

Nordin berharap pembukaan BLE dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat, di samping mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan itu.

BLE yang dibuka kepada umum semalam dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Lebuh raya bertingkat sepanjang 3.225 kilometer menghubungkan Batu Maung dan Sungai Nibong ini mula dibina pada April 2014, dengan kos keseluruhan sebanyak RM337 juta.

Tinggalkan komen anda