Oleh Muhammad Azru Hafiz Nazri (Langkawi)
Langkawi, 3 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 600 termasuk pelancong asing menyertai Tuba Trail Run dan Tuba Fun Run yang diadakan di Pulau Tuba bagi mempromosikan pulau ini.
Kedua-dua acara ini dilihat mampu mempromasikan Pulau Tuba sebagai destinasi perlancongan tersohor. Pulau perlancongan yang amat mendamaikan ini terletak bersebelahan Pulau Dayang Bunting.
Acara yang di anjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di bahagikan kepada enam katgori iaitu lelaki / wanita antarabangsa dan lelaki / wanita tempatan 18 – 39 tahun dan lelaki / wanita veteran 40 tahun ke atas.
Jarak larian yang di tetapkan bagi Tuba Trail Run adalah spanjang 30 km, manakala bagi peserta Tuba Fun Run hanya 4.6 km. 270 org menyerti Tuba Trail Run dan 350 orang telah menyetai Tuba Fun Run.
Seorang pengunjung yang di temui Nabil Othman, 34 mengatakan pertandingan ini selain dari mendidik masyarakat supaya menitik berat tentang penjagaan kesihtan, ianya wajar di jadikan acara tahunan.