Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perasmian Ulang Tahun JPAM Oleh Raja Perlis

By 3 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / Foto: Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 3 Apr (Malaysiaaktif) —  Sambutan Hari Ulang Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke 64 2016 bertemakan “Mendidik, Melatih dan Membentuk Rakyat Yang Siap Siaga” merupakan simbolik peringatan penubuhan badan tersebut pada 24 Mac 1952, selaras dengan Ordinan Pertahanan 1951.

Majlis perasmian sambutan disempurnakan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail di Dewan 2020 di sini hari ini.

Dalam ucapan aluan yang di sampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, beliau berkata peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ialah untuk memberi khidmat kepada masyarakat dan membantu agensi-agensi keselamatan menanangai anasir-anasir yang mengancam keselamatan negara.

 

JPAM 5

 

Beliau berkata keahlian JPAM seluruh negara yang mencecah seramai 924,434 orang anggota pada masa ini terdiri daripada pelbagai kaum serta agama dan jabatan tersebut sedang berusaha untuk menambahkan seramai dua juta orang menjelang 2018.

JPAM sedang memohon ditukarkan nama menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Ini kerana bidang tugas jabatan itu semakin mencabar sekarang.

Shahidan berkata setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia di pelawa menjadi ahli Kehormat JPAM dan urusan berhubung perakara itu akan lakukan selewat-lewatnya Jun ini.

Dalam pada itu beliau berkata rakyat negeri Perlis sepatutnya berbangga kerana ini merupakan pertama kali dalam sejarah penubuhan JPAM sambutan hari ulang tahun dirasmikan oleh seorang pembesar negeri.

Sempena majlis ini turut diadakan demontrasi menyelamat mangsa bencana oleh anggota JPAM dan penyampaian Anugerah  Kecemerlangan Khas oleh Tuanku Raja Perlis kepada 10 individu. Mereka yang terpilih telah menyumbangkan jasa dalam pelbagai operasi menyelamat, termasuk Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah dan operasi bantuan mangsa  banjir di Pantai Timur Semenanjung tidak lama dahulu.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

 

-AAS

 

Tinggalkan komen anda