Skip to main content
Berita TempatanSabah

?’Tuai Ikan Tagal’ Bakal Jadi Aktiviti Pelancongan di Kg.Babagon

By 4 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Asmidar Zainol & Mastim Kiriman (Sabah)
PENAMPANG, 3 Apr (Malaysiaktif) –? Aktiviti “menuai ikan tagal” bakal dijadikan aktiviti pelancongan di Kampung Babagon pada masa akan datang.

Menurut Pengerusi Tagal Babagon, William Joti Junioh, setiap bulan lebih 1000 pengunjung datang ke kampung ini untuk merasai sendiri pengalaman memancing ikan dengan konsep ‘tangkap & lepas’ yang diadakan di zon merah tagal.

Tambahnya, aktiviti ini bakal dijadikan produk pelancongan di kampung tersebut apabila mendapat kelulusan daripada kementerian terbabit.

“Kami telah menghantar permohonan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk dinilai dan mendapat peruntukan bagi menarik taraf fasiliti.

“Kami bercadang membina beberapa buah rumah inap untuk digunakan oleh pelancong.

“Diharap kerajaan dapat menyalurkan peruntukan agar fasiliti sedia ada dapat dinaik taraf kerana ketika ini kami hanya mempunyai fasiliti asas seperti tandas awam dan kedai runcit,” tambah William.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti 1Malaysia, Justine Tangit Kinajil meluahkan rasa gembira kerana Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Sabah turut berkerjasama memperkenalkan lokasi ini melalui pelaksanaan program Khidmat Masyarakat Kelab 1Malaysia(K1M)

Tambahnya, kami berbesar hati terhadap aktiviti amal yang disumbangkan oleh 70 pelajar dan guru pengiring Pusat Pra-Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak yang melaksanakan gotong-royong sambil menuai ikan.

“Aktiviti ini tentunya memberi impak besar dalam menerap rasa tanggungjawab menjaga alam sekitar,” katanya semasa pelaksanaan program Khidmat Masyarakat K1M di Kg.Babagon, Sabtu lepas.

Justine turut menerangkan ‘Tagal’ merupakan sistem yang diamalkan oleh penduduk setempat sejak 19 November 2000 bagi melindungi hidupan ekuatik daripada kemusnahan ekosistem di sungai tersebut.

Sistem ini mempunyai tiga zon utama dalam mengawal penangkapan ikan iaitu merah (zon larangan), hijau (sekali dalam tempoh tertentu) dan kuning (bebas menangkap ikan).

Kaedah ini turut digunakan untuk memastikan tiada aktiviti menangkap ikan menggunakan bom, renjatan elektrik dan menumba ikan berlaku di sungai terbabit.

Turut hadir Pegawai Daerah Penampang, Lovita Koisun, Pengerusi Barisan Nasional Penampang, Datuk Donald Mojuntin dan Pegawai Penerangan Daerah Penampang, Adi Kassim.

Tinggalkan komen anda