Skip to main content
Berita TempatanKelantan

200 Penjawat Awam Tunai Solat Sunat Istisqa’

By 5 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Wan Mohd Zuki Wan Ismail / Rosli Md Zin / Siti Meriam Mohamad (Bachok)

BACHOK, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang Penjawat Awam di daerah Bachok, di sini sepakat  mengadakan solat sunat Istisqa’ anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di Padang Istiadat Jajahan Bachok berikutan fenomena cuaca panas melampau, El Nino yang melanda negara ketika ini.

Solat sunat dua rakaat bagi memohon hujan diadakan pada 7.45 pagi tadi diimamkan oleh Imam Tua Masjid Mahmudi Bandar Bachok, Tuan Haji Baharin Yusof.

Selesai solat sunat, Tuan Haji Baharin Yusof menyampaikan khutbah  memohon agar semua umat Islam memohon keampunan dan berdoa kepada Allah S.W.T. supaya hujan diturunkan serta menjauhkan diri daripada melakukan sebarang kemungkaran, perselisihan faham dan perpecahan kerana perkara-perkara ini juga merupakan salah satu punca Allah S.W.T menurunkan bala kemarau yang berpanjangan.

Sementara itu, menurut salah seorang penjawat awam  yang hadir, Abdul Hadi, 38, berkata “Solat sunat ini sebenarnya merupakan salah satu ikhtiar oleh umat Islam memohon kepada Allah supaya hujan turun membasahi bumi  memandangkan fenomena El Nino yang semakin berpanjangan  hingga mendatangkan pelbagai kesan dan kemudaratan,” ujarnya ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif.

SH

Tinggalkan komen anda