Oleh: Diyana Zamri
KUCHING, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon dipercayai hilang apabila gagal dikesan dari radar kira-kira pukul 5.00 petang tadi.
Laporan ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi sebentar tadi yang memaklumkan bahawa helikopter itu dalam perjalanan ke Kuching dari Betong.
Lokasi terakhir helikopter di kawasan Sebuyau.
Helikopter kendalian Kapten Rudolf Rex Ragas turut membawa suaminya, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) merangkap Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun
Operasi Mencari dan Menyelamat sedang dijalankan.
BERITA MENYUSUL
SF