Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Berkat Kerjasama, SMK Long Gafar Raih Johan Sketsa

By 5 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Robani Nabi Ahmad, Normah Sapa’in, Un Suat Fern, Mohamad Anizan Mat Daud & Hasniza Hassan

KOTA BHARU, 5 Mei (Malaysiaktif) – Berkat kerjasama sepasukan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Gafar dinobatkan sebagai juara pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri Kelantan 2016 yang berlangsung di  SMK Bunut Susu, Pasir Mas, di sini semalam.

SMK Long Gafar yang menampilkan sketsa bertajuk ‘Rukun Negara Panduan Hidup 1Malaysia’ berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500, sijil penyertaan dan trofi.

Menurut guru Penyelaras Kelab 1Malaysia SMK long Gafar, Kota Bharu, Puan Rozidah Abdullah, 51, dalam masa yang singkat resepi ‘teamwork’ lima pelakon utama dan enam pembantu di belakang tadbir membuahkan hasil.

“Di samping memupuk semangat setiakawan serta memahami prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini turut menitikberatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang menampilkan pelbagai tradisi dan kebudayaan,” jelasnya lagi.

Pasukan-pasukan lain yang turut berentap ialah Sekolah Menengah (SM) Sains, Jeli, SMK Tok Janggut, Pasir Putih, SMK Bunut Susu, Pasir Mas, SMK Tanah Merah 1, SMK Gunung Bachok, SMK Hamzah Machang, SMK Tengku Bendahara, Gua Musang.

SH

Tinggalkan komen anda