Skip to main content
Berita TempatanKelantan

200 Jemaah Tunai Solat Sunat Istisqa’ Mohon Hujan

By 5 Mei 2016Mei 11th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/Foto : Wan Mohd Zuki Wan Ismail / Rosli Md Zin / Siti Meriam Mohamad (Bachok)

BACHOK, 5 Mei 2016 (Malaysia Aktif) – Seramai 200 orang Penjawat Awam di daerah ini  mengadakan solat sunat Istisqa’ anjuran Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di Padang Istiadat Jajahan Bachok  hari ini.

Solat diadakan berikutan berikutan fenomena cuaca panas melampau yang dibawa El Nino di negara ini.

Solat sunat pada pukul 7.45 pagi ini dipimpin oleh Imam Tua Masjid Mahmudi Bandar Bachok, Haji Baharin Yusof.

Selesai solat sunat, Haji Baharin  menyampaikan khutbah dalam mana beliau memohon agar semua umat Islam beristighfar berdoa kepada Allah S.W.T. supaya hujan dan menjauhkan diri daripada melakukan sebarang kemungkaran, perselisihan faham dan perpecahan kerana perkara-perkara ini juga merupakan salah satu punca diturunkan bala kemarau yang berpanjangan.

Sementara itu, seorang jemaah Abdul Hadi,38, berkata “Solat Sunat ini sebenarnya  merupakan salah satu ikhtiar oleh umat Islam memohon kepada Allah supaya hujan turun membasahi bumi  memandangkan fenomena El-Nino yang semakin berpanjangan  hingga mendatangkan pelbagai kesan  dan kemudaratan.”

 

-AAS

Tinggalkan komen anda