Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bomba Selamat Klinik Dan Masjid Daripada Api

By 13 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/Foto:Azhar Hj Ismail

BACHOK, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pengkalan Chepa yang diketuai oleh PBK Rosli Mohamad,  bersama empat anggota berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran berhampiran tanah perkuburan Masjid Al-Falah dan Klinik Desa Kampung Pauh Sembilan pada pukul 3.00 petang tadi.

Cuaca panas dan berangin menyebabkan api cepat merebak menghampiri kedua-dua bangunan tersebut.

Menurut saksi kejadian, Nik Muhammad Ilyas Nik Ismail 15, berdasarkan kesan kebakaran, api tersebut berkemungkinan bermula di tanah perkuburan yang bersebelahan dengan Masjid Al-Falah.

Seorang lagi saksi, Daniel Rais Azhar 17, berpendapat perlu diwujudkan pili bomba di kawasan ini sebagai persiapan sekiranya berlaku kebakaran kerana di sini terdapat masjid dan klinik. Pili bomba terdekat terletak sejauh kira-kira dua kilometer.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati sebahagian daripada tanah perkuburan terbakar dan api sempat merebak ke kawasan rumput kering berhampiran masjid dan Klinik Desa.

Pasukan Bomba dengan bantuan penduduk berjaya mengawal dan menyelamatkan masjid dan Klinik Desa daripada api yang marak dalam tempoh 15 minit dengan menggunakan jentera tangki air.

PBK Rosli berkata kejadian insiden di Pauh Sembilan ini adalah kes pertama hari ini yang melibatkan pasukan beliau. Pauh Sembilan terletak di bawah Daerah Bachok.

AAS

Tinggalkan komen anda