Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Ibu Bapa Perlu Peka Pendengaran, Pertuturan Anak

By 13 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Mei (Malaysiaktif) –? Lebih 30 kanak-kanak menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan hadir pada Program  “Bulan Pendengaran dan Pertuturan”  anjuran Jabatan Otorinolaringologi (ORL)  dan Unit Promosi Kesihatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Sri Dewan Kinabalu, HQE pagi tadi.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr. Heric Corray  berkata tersebut merupakan program permulaaan dan pertama ke arah pengurusan kanak-kanak yang mengalami bermasalah dari segi pendengaran dan pertuturan.

“Ibu bapa perlu peka terhadap tahap pendengaran dan pertuturan anak-anak mereka kerana pengesanan awal memudahkan proses pemulihan dilakukan.

“Peranan dan tanggungjawab serta sokongan berterusan ibu bapa sangat penting,” katanya lagi semasa merasmikan program berkenaan.

Selain memastikan temu janji antara kanak-kanak dengan pakar perubatan dilakukan secara berkala, ibu bapa juga harus memastikan penggunaan alat bantu pendengaran diselenggarakan  penggunaannya secara optimum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 jam sehari.

“Tanggungjawab dan pengawasan terhadap kanak-kanak mengalami masalah berkenaan memang mencabar.

“Namun, hasil sokongan dan pengawasan berterusan ibu bapa, tidak mustahil anak-anak yang menghadapi masalah ini mampu pulih dan dapat menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak biasa’, jelas Heric.

Terdahulu, Ketua Unit Audiologi merangkap pengerusi penganjur, Sitti Ladyia Mohd Salleh berkata, sungguhpun  Mei belum diwartakan sebagai bulan Mendengar dan Bercakap Sedunia di negara ini, namun  pihak hospital mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai aktiviti agar masyarakat maklum dan sedar mengenai permasalahan ini.

Beliau berharap kehadiran keluarga berserta anak-anak pada program seumpama ini mampu mengeratkan hubungan antara kanak-kanak dan keluarga dengan pihak hospital demi kesejahteraan kanak-kanak  terbabit.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda