Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PAKEJ Mula Agih Bantuan Ramadan Untuk Yang Memerlukan

By 13 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Nurul Wahida Mohd Noor

PERMATANG PAUH, 13 Mei – Menjelang Ramadan yang tinggal hanya beberapa hari lagi, Pertubuhan Keselamatan dan Kebajikan Pulau Pinang (PAKEJ) telah mula menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Setiausaha PAKEJ, Mohd Souppe Kassim, berkata matlamat mereka ialah untuk membantu golongan yang memerlukan bagi menyambut Ramadhan kelak.

Yang disampaikan ialah sumbangan perseorangan, badan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang berupa barangan keperluan harian.

Program ini merupakan yang pertama, sementara siri kedua akan diadakan pada 29 Mei di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.

Salah seorang penerima bantuan, Mak Cik Timah, bersyukur di atas bantuan yang dihulurkan.  Beliau dahulunya seorang bidan dan mengambil upah mengurut wanita di dalam pantang, tetapi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dan tidak mampu untuk berdiri, beliau hanya mengharapkan bantuan orang ramai.

 

-AAS

 

Tinggalkan komen anda